Kata Nama
Definisi
Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk benda, haiwan, manusia, tempat dan tumbuhan.
Kata nama dibahagikan kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:
konkrit
Kata nama am
abstrak
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas bukan manusia. Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut :
Kata nama khas hidup manusia
Tak hidup bukan manusia
No comments:
Post a Comment