Sunday, 7 December 2014

Definisi

Kata Nama
Definisi
Kata nama ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk benda, haiwan, manusia, tempat dan tumbuhan.
Kata nama dibahagikan kepada dua iaitu kata nama am dan kata nama khas.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya.  Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama am abstrak, seperti rajah berikut:

                                                          konkrit
Kata nama am
                                                          abstrak

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.  Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan,iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup.  Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas bukan manusia.  Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut :           
Kata nama khas                                hidup                                 manusia
                                                          Tak hidup                          bukan manusia                                                       





Kuiz



A)    Arahan  :  Isi tempat kosong dengan kata nama am yang paling sesuai.

1.      Anida menonton............................selepas membuat kerja sekolah.
2.      Haziq dan Kamala pergi ke............................untuk mengulang kaji pelajaran.
3.      Beberapa orang.................................sedang berkawal di pintu masuk sempadan negara.
4.      Pak Cik Razali hampir-hampir dipatuk ............................ketika sedang membersihkan kebun.
5.      Pak Dollah mengait ...................kerana isterinya hendak memasak gulai ayam.
6.      Azman mengangkat...............................lalu menjawab soalan kuiz itu dengan yakin sekali.

B)    Lengkapkan ayat dengan kata nama khas yang paling sesuai.
1.      Beberapa ekor lembu Pak Jamali telah dibaham oleh.........................................
2.      ........................................berkibaran dengan megah sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.
3.      ................................ialah jaguh sukan skuasy negara yang terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.
4.      Kereta buatan Malaysia yang pertama ialah................................
5.      Nama ibu negeri Perak Darul Ridzuan ialah.................................
6.      Kita akan dapat melihat pelbagai jenis haiwan jika berkunjung ke........................................



Objek Nama am

Kereta
Ikan
Burung
Rumah
Komputer

Objek Nama Khas

Si Comel
Baju Melayu
Zoo Negara Malaysia
Menara Kuala Lumpur
Bunga Raya
Pak Belang

Basikal Fixie

Contoh ayat menggunakan kata nama am


1.    Ibu sedang mengukus kuih di dapur
2.    Lembu itu sedang makan rumput di padang.
3.    Halimah suka menonton televisyen.
4.    Buaya itu berjaya ditangkap oleh datuk.
5.    Murid itu mendapat hadiah berupa sebuah komputer.
6.    Budak itu tinggal di kampung bersama neneknya.
7.    Nelayan itu menangkap ikan menggunakan jala di laut.
Contoh-contoh ayat menggunakan kata nama khas.
1.    Kucing kesayangan Ashraf ialah Si Tompok.
2.    Adik membeli majalah Kuntum di Kedai Buku Sri Intan.
3.    Kami melawat ke Menara Kuala Lumpur semalam.
4.    Puan Salina pergi ke Kuala Terengganu dengan memandu kereta Proton Persona.
5.    Kami akan menziarahi Abang Sulaiman yang belajar di Universiti Utara Malaysia.

Kata Nama Am

Contoh nama am mengikut kumpulan
a) Benda
Almari, bantal, galah, jala, kapak, lilin, meja, pinggan, radio, sudu, tikar
b) Haiwan
Ayam, arnab, kuda, harimau, lembu, musang,.
c) Manusia
Askar, ibu, bapa bayi, datuk , doktor, nelayan , polis, peguam.
d) Tempat
Bandar, hutan, hospital kampung, ladang. Laut, padang.
e) Tumbuhan
Bunga, cendawan, daun,jagung, lalang, padi, pandan, pokok rumput

Contoh nama khas mengikut kumpulan
a) Benda
Adidas, Avanza,Bata.Citizen, Jaguh, Myvi, Nokia, Pensonic,Samsung
b) Haiwan
Pak Belang, Putih, Sang Kancil, Sang Rangkak, Si Comel, Si Jalak, Si Tompok
c) Manusia
Aiman, Fahmi, Hazlina, Lai meng, Muthusamy, Victor
d) Tempat
Angkasapuri, Arau, Marang, Kuala Terengganu, Parlimen, Zoo Negara